Jangan Pasang Ayat Ruqyah Ketika Memandu



Jangan Pasang Ayat Ruqyah Ketika Memandu|Ayat ruqyah adalah himpunan ayat  yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit dan untuk rawatan gangguan mahluk halus.
Namun beberapa pendapat mengatakan memasang ayat ruqyah ketika memandu kereta sangat berbahaya.
Jangan sesekali pasang ayat-ayat Ruqyah didalam kenderaan kerana orang yang mempunyai gangguan bila diperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran akan mempunyai tindak balas seperti meracau-racau ia cukup bahaya kepada pemanduan,
sekiranya gangguan bertambah agresif ada kemungkinan rsiko untuk terjun dari kereta dan kemalangan cukup tinggi.
Cukup hanya membaca doa menaiki kenderaan dan istighfar. Pesanan ikhlas dari saya.katanya.

Gambar dibawah adalah merupakan satu pendapat individu yang memberi alasan jika seorang dirasuk berada di dalam kereta berkemungkinan kereta akan hilang kawalan dan mengakibatkan kemalangan yang serius.

Himpunan ayat ruqyah terdiri daripada :
1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-‘Araf 54-56
9 Al-‘Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq
20 An-Naas
Biasanya,seorang individu yang mengalami gangguan jin bila dibacakan Ayat ruquah akan terdapat la simptom2 seperti berikut.
1)denyutan jantung makin kencang
2)badan bergegar
3)ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4)mengantuk/menguap
5)batuk
6)gelisah
7)panas di tengkuk
Selepas mendengar ayat ini, insyaalah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita. Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita,ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini.Dan bagi kes saka,kita akan terasa panas ditengkuk.
Jadi untuk mengamalkan ayat ini untuk sesuatu tujuan seperti:
1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
2)Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
3)Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
4)Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
5)Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.
6)Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment