Tak Boleh Tarik Kalau Isteri Tidak Izinkan.Dr Maza|Seorang suami yang mentaati Islam tidak sesekali akan menidakkan kehendak isteri dalam aktiviti seksual dan tidak sesekali memandang remeh kehendak isteri.
Tanggungjawab antara suami dan isteri harus berlaku dalam keadaan yang 'harmoni' tanpa mencederakan secara fizikal.
"Sex yang kasar dan menyakitkan adalah dilarang dalam Islam. Oleh itu, semua pasangan harus mencari solusi terbaik untuk memuaskan kehendak masing-masing.
"Walaupun perkara tersebut tidak menentang syarak, namun ia harus mendapat persetujuan daripada isteri. Jika si isteri tidak menikmatinya maka ia adalah haram dalam perkahwinan," tegas Mohd Asri berhubung kaitan ejakulasi pramatang.
Mufti Perlis ini berkata seorang suami yang menolak kehendak isteri untuk melakukan hubungan seksual telah melakukan dosa sama seperti isteri yang menolak kehendak suami.
Walaubagaimana pun, seorang isteri boleh menolak 'kehendak' suami jika dimasa akan datang akan mendatangkan kemudaratan kepada isteri seperti penyakit Aids.
Baca lagi:
0 comments:
Post a Comment