6 Kesilapan Dalam Solat Yang Mungkin Kita Terlepas Pandang



Solat Adalah Wajib Bagi Orang Islam, Dan Wajib Ditunaikan 5 Kali Sehari Tapi Tahukah Anda Dalam Kita Kusyuk Melakukan Solat Mungkin Ada Beberapa Pekara Penting Yang Kite Terlepas Pandang Sama-Sama kite Belajar Dan Betulkan solat kita kerana solata yang sempurna adalah tuntutan agama islam

1.Tidak Istinjak dengan Bersih

Pastikan Tidak Ada Najis yang Terpecik Ketika Membuang air, ketika istinjak, Air Perlu Mengalir, Dengan Hanya Memercikkan Air Adalah Tidak Sah. Solat Dalam Keadaan Bernajis Adalah tidak sah.

“KEBANYAKAN SIKSA KUBUR ITU DISEBABKAN (TIDAK MEMBASUH) AIR KENCING”

~HR JAKIM

Apa maksud istinjak?
Istinjak bermaksud membasuh tempat keluar najis iaitu zakar/faraj dan dubur selepas membuang air kecil (yakni kencing) atau air besar (yakni berak). Hukumnya adalah wajib.

Apakah bahan yang harus digunakan untuk istinjak?

Bahan untuk beristinjak ialah air. Anas r.a. memceritakan; “Adalah Nabi s.a.w. apabila keluar membuang air, aku akan bawakan untuknya satu bekas air untuk beliau beristinjak”. Diharuskan juga menggunakan benda-benda kesat seperti batu, kertas dan sebagainya yang boleh menanggalkan najis. Banyak hadis menceritakan Nabi s.a.w. beristinjak menggunakan batu.

Menurut mazhab Syafi’ie, paling baik ialah menggabungkan kedua-duanya; iaitu menyapu najis dengan benda kesat (tisu atau sebagainya), kemudian disusuli dengan membasuh dengan air. Cara ini adalah terbaik kerana dapat menjimat air dan mengelak tangan dari terlalu banyak menyentuh najis. Harus menggunakan salah satu cara iaitu dengan air sahaja atau dengan benda kesat sahaja, namun beristinjak dengan air adalah lebih afdhal kerana lebih menyucikan.

Tangan manakah yang hendak digunakan ketika beristinjak?

Beristinjak sunat menggunakan tangan kiri. Beristinjak dengan tangan kanan adalah makruh, kecuali tidak dapat dielakkan. Kata Nabi s.a.w.; “Sesiapa dari kamu kencing, janganlah ia memegang zakarnya dengan tangan kanannya dan janganlah juga ia beristinjak dengan tangan kanannya”

2. Wuduk Tidak Rata

Pastikan Apabila Mengambil Wuduk Air Telah Rata Di Kawasan  Yang Wajib Dibasuh, Tidak Sah Wuduk, Jika Kawasan Yang Wajib Dibasuh Itu Kering.

“CELAKA BAGI TUMIT-TUMIT (YANG KERING KETIKA WUDUK) DARI NERAKA”

~HR AHMAD BUKHARI DAN MUSLIM


3. Tidak Menutup Aurat

Untuk Lelaki Pastikan Baju Atau Seluar Tidak Ketat, Kalau Tidak Ketika Sujud Nanti Akan Terangkat Baju Hingga Terbuka Aurat.

Untuk Wanita Pula Jika Memakai Baju Atau Telekung Yang Nipis Dan Berwarna Putih, Pastikan Ia Tidak Nampak Warna Kulit, Kerana Ia Sama Seperti Membuka Aurat.

4. Jari Kaki Tidak Jejak Bumi

Ketika Sujud Wajib Untuk Lipatkan Jari Dimana Perut Jari Itu Menyentuh Bumi. Tidak Wajib Untuk Lipatkan Semua Jari. Sekurang Kurangnya Satu Jari, Dari Kaki Kanan Dan Kiri Sentuh Bumi, Sunat jika Semua Jari.
~Perut Jari? Rujuk Gambar Di Atas!

5. Tidak Melafaz Fatihah

Wajib Melafaz Bacaan Fatihah Ketika Solat,  Sekurang Kurangnya Didengari Oleh Telinga Sendiri. Tidak Sah Jika Membaca Dalam Hati.

“HUKUM INI SAMA DENGAN MEMBACA TAKBIRUL IHRAM, MEMBACA TAHIYAT AKHIR, SELAWAT & SALAM PERTAMA. 

 6. Dahi Tertutup Ketika Sujud

1. Sujud di Atas Telekung Adalah Tidak Sah Jika Dahi Ditutup Oleh Telekung. Ini Kerana Telekung Itu Terikat Dengan Angggotanya,

2. Hukum Ini Sama Dengan Rambut Yang Tertutup

~Solat Adalah Tiang Agama Dirikanlah Solat Dengan Sempurna =)
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment